hai , assalamualaikum ... GeNdAnG GeDuT TaLi KeCaPi , MaSuK BlOg AkUw NyH GeReNtI EpPy

Monday 19 December 2011

apa itu kasih , sayang n cinte


Tiga
perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti
membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini
memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga
sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan
walaupun sedikit.

Kasih..

Kita sering mengucapkan kalimah
basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan
jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana
Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya
terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi
kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.

Dalam hubungan
sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan
seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat.
Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali
dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri
berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan
kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana
syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai
isteri.

Sayang..

Perkataan yang sukar untuk
dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia.
Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi
lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda,
keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda
mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri
sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda
sedalam-dalamnya.

Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai
untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi
anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa
sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang
menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan
dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan
rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang
tersayang.

Cinta..

Percintaan sudah tentu dikaitkan
dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu
akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang,
tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan
anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga
kebahagiaan masa depan bersama.

Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan.
Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam
satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang
terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat
daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta
juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang
dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.

Cinta mampu
memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang
sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan
sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana
pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak
sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti
tidak akan wujud istilah putus cinta.



OWKEYH .. hope enjoy post akuw nyh ! tata